30 May 2008

Gelung do-while

Gelung do-while
Gelung do-while ini berbeza dengan gelung while. Gelung do-while membuat ujian pada hujung gelung tetapi gelung while membuat ujian pada awal gelung. Contoh aturcara di bawah ini menjumlahkan nombor dari 1 hingga 10.

1: 2: $i = 0;
3: $jumlah = 0;
4: do
5: {
6: $jumlah = $jumlah + $i;
7: $i++;
8: }
9: while ( $i < 10 );
10: echo “Jumlah nombor 1 hingga 10 ialah $jumlah”;?>

Gelung while

Gelung while

Gelung while membuat ujian pada awal gelung. Pusingan gelung akan berhenti apabila penyataan ujian adalah PALSU.

1: 2: $i = 1;
3: while ( $i < 11 )
4: {
5: echo “$i
”;
6: $i++;
7: }
8: ?>

Gelung for

Gelung for
Nilai awal digunakan sebagai nilai pertama untuk permulaan gelung. Selalunya pembolehubah $i digunakan untuk menyimpan nilai awal.

Dalam setiap pusingan gelung, penyataan ujian akan dilakukan dan gelung akan berhenti apabila keputusannya ialah PALSU. Pada setiap kali pusingan gelung, nilai awalan $i akan bertambah nilainya. Di bawah ini ialah contoh aturcara untuk memaparkan sifir 5.

1: 2: echo “Sifir 5


3: for ( $i = 1; $i < 13; $i++ )
4: {
5: $jawapan = $i * 5;
6: echo “$i X 5 = $jawapan
” ;
7: }?>

Penyataan switch

Penyataan switch
Penyataan switch memerlukan label nilai yang boleh terdiri dari nombor, rentetan atau boolean. Ia akan menguji nilai pembolehubah di dalam switch dan akan dibandingkan dengan nilai dilabel-label. Sekiranya ada persamaan, maka penyataan di dalam label tersebut akan dilakukan, jika tidak ada nilai yang sama dengan label, maka penyataan di dalam label default akan dilakukan.

Semua penyataan di dalam label diakhiri dengan perkataan break. Sekiranya break tidak ada, maka bukan sahaja penyataan di label tersebut dilakukan, tetapi termasuk juga penyataan di dalam label yang lain dibawah sehingga ia bertemu dengan perkataan break.
Di dalam contoh aturcara di bawah, nombor akan dipaparkan dalam bentuk teks sekiranya nilai $nombor sama dengan nilai di label.

Contoh aturcara
1: 2: $nombor = 3;
3: switch ($nombor)
4: {
5: case 1 : echo “Nombor SATU
”; break;
6: case 2 : echo “Nombor DUA
”; break;
7: case 3 : echo “Nombor TIGA
”; break;
8: case 4 : echo “Nombor EMPAT
”; break;
9: default : echo “Bukan nombor 1 hingga 4
”;
10: }
11: ?>

Penyataan if-else

Penyataan if-else
Penyataan if-else digunakan apabila anda ingin memberikan respon alernatif . Contohnya, sekira penyataan yang diuji adalah BENAR maka ia akan melakukan PENYATAAN 1 dan sekiranya PALSU maka PENYATAAN 2 pula akan dilakukan.

contoh aturcara

1: 2: $markah = 65;
3: if ($markah > 80) echo "Gred A";
4: else if ($markah > 70) echo “Gred B”;
5: else if ($markah > 60) echo “Gred C”;
6: else if ($markah > 50) echo “Gred C”;
7: else if ($markah > 40) echo “Gred C”;
8: else echo “Gred F”;
9: ?>

Penyataan if

Penyataan if
Penyataan if digunakan untuk membuat pilihan asas di dalam PHP. Sintaks penyataan if adalah seperti dibawah.

Contoh aturcara dibawah akan memaparkan CEMERLANG sekiranya markah yang didapati adalah melebihi 80 markah.

1: 2: $markah = 90;
3: If ($markah > 80) echo "CEMERLANG";
4: ?>

Operator perbandingan

Operator perbandingan

Di bawah ini diberikan contoh aturcara bagi menggunakan operator perbandingan di atas. Di dalam aturcara ini, diskaun sebanyak 10% diberikan sekiranya harga barang yang dibeli ialah dari RM 1 hingga RM 999, diskaun sebanyak 11% pula diberikan sekiranya harga barang yang dibeli adalah di antara RM 1000 hingga RM 1499 dan diskaun sebanyak 12% diberikan sekiranya harga beliannya ialah RM 1500 ke atas.

contoh aturcara

1: 2: $harga_barang = 1200; # harga barang ialah RM1200
3: echo "Harga baang ialah RM $harga_barang
";
4: if ($harga_barang <= 900)
5: $diskaun = 0.1; # diskaun 10%
6: else if ($harga_barang <= 1500)
7: $diskaun = 0.11; # diskaun 11%
8: else
9: $diskaun = 0.12; # diskaun 12%
10: $harga_diskaun = $diskaun * $harga_barang;
11: $harga_barang - = $harga_diskaun;
12: echo ”Harga barang selepas diskaun ialah RM $harga_barang”;?>

Operator umpukan

Operator umpukan
Operator ini digunakan untuk mengumpukkan atau memasukkan nilai ke dalam sesuatu pembolehubah. Senarai operatornya adalah seperti d dalam jadual di bawah. Contoh ringkas penggunaan operator diberikan di bawah berserta dengan contoh yang setara dengannya.

Contoh aturcara

1: 2: $diskaun=0.1; # diskaun ialah sebanyak 10%
3: $harga_barang = 1200; # harga barang ialah RM1200
4: echo “Harga barang ialah RM $harga_barang
”;
5: $harga_diskaun = $diskaun * $harga_barang;
6: $harga_barang - = $harga_diskaun;
7: echo ”Harga barang selepas diskaun ialah RM $harga_barang”;
8: ?>

Operator logik

Operator logik
Operator logik PHP digunakan dalam kriteria pemilihan. Seorang pengaturcara yang mahu menyenaraikan semua nama pelajar lelaki dan perempuan akan membuat kriterianya sebagai ”LELAKI atau PEREMPUAN” dan bukannya ”LELAKI dan PEREMPUAN”. Yang pertama itu betul kerana sekiranya ia LELAKI atau PEREMPUAN maka data akan dipaparkan. Tidak ada pelajar yang mempunyai jantina LELAKI dan PEREMPUAN iaitu kedua-duanya sekaligus.
Operator logikal digunakan dengan pembolehubah (operand) yang menyimpan nilai boolean iaitu Benar (True) atau Palsu (False), atau nilai yang boleh ditukarkan kepada Benar atau Palsu seperti 1 dan 0.

Contoh aturcara

1: 2: $nama1 = “kamaruddin”;
3: $pelajar = true;
4: $lelaki = true;
5: if ($pelajar and $lelaki)
6: echo $nama1.” adalah seorang pelajar lelaki”;
7: else if ($pelajar and !$lelaki)
8: echo $nama1.” adalah seorang pelajar perempuan”;
9: else if (!$pelajar and !$lelaki)
10: echo $nama1.” adalah seorang perempuan dan bukan pelajar”;
11: else if (!$pelajar and $lelaki)
12: echo $nama1.” adalah seorang lelaki dan bukan pelajar”;
13: ?>

Operator aritmetik

Operator aritmetik
Operator aritmetik digunakan didalam aturcara untuk pengiraan matematik atau penggabungan rentetan seperti yang disenaraikan seperti di bawah.

Jenis-jenis operator aritmetik

+ Tambah (nombor sahaja)
. Percantuman rentetan
- Tolak
* Darab
/ Bahagi
% Modulus
++ Penambahan
-- Pengurangan

Contoh aturcara

1: ";
3: $nom_tambah= 100+200;
4: $nom_tolak = 50.75-25.5;
5: $nom_darab = 5 * 8;
6: $nom_bahagi = 90 / 3;
7: $nom_modulus = 57 % 5;
8: $nom_tambah1 = 10;
9: $nom_tambah1 = ++$nom_tambah1;
10: $nom_tolak1 = 10;
11: $nom_tolak1 = --$nom_tolak1;
12: $papar = $rentetan;
13: $papar .= "Nilai tambah : $nom_tambah
";
14: $papar .= "Nilai tolak : $nom_tolak
";
15: $papar .= "Nilai darab : $nom_darab
";
16: $papar .= "Nilai bahagi : $nom_bahagi
";
17: $papar .= "Nilai modulus : $nom_modulus
";
18: $papar .= "Nilai tambah 1: $nom_tambah1
";
19: $papar .= "Nilai tolak 1 : $nom_tolak1
";
20: echo $papar;
21: ?>

29 May 2008

Keperluan untuk menjalankan pengaturcaraan PHP

Dalam bahagian ini akan ceritakan sikit untuk semua cara-cara untuk melarikan pengaturcaraan PHP yang kita telah buat. Sebelum itu, kita perlu mengetahui keperluan-keperluan yang diperluan. Disini kita akan memfokuskan kepada sistem pengoperasian Windows. Linux dengan UNIX saya tak payah sentuh... sebab akan memeningkan kepala anda semua.

Sistem operasi Windows

Dalam sistem operasi Windows pula, servis Apache dan MySQL boleh diinstal secara berasingan dengan memuat turun perisian Apache dan MySQL dari Internet. Walaubagaimanapun, cara ini lebih sukar kerana anda perlu membuat sedikit perubahan di dalam fail-fail konfigurasi tertentu seperti httpd.conf.Cara yang lebih mudah ialah dengan memuat turun perisian yang telah menggabungkan perisian Apache, MySQL dan PHP seperti PHP Triad dari
http://sourceforge.net/ , atau XAMPP dari http://www.apachefriends.org/. Banyak lagi sebenarnya spt easyphp dan sebagainya... actually semuanya sama.

Kat bawah ni diceritakan bagaimana nak install XAMPP. Yang penting kene download dulu dari
link kat atas tu.

Langkah 1 : Dwi-klik atas nama fail XAMPP yang telah dimuat-turun.
Langkah 2 : Taipkan ‘C:\’ di dalam kotak ‘Extract to’ iaitu lokasi perisian ini akan diinstal.


Selepas selesai instalasi, satu direktori 'C:\XAMPP' dibina dan semua fail-fail PHP boleh diletakkan di dalam folder 'C:\XAMPP\HTDOCS' yang akan dikenali sebagai 'http:\\localhost' di dalam pelayar web.


Klik di ikon XAMPP_start untuk memulakan perisian XAMPP (yang mengandungi Apache, MySQL dan PHP).
Klik di XAMPP_stop untuk memberhentikan perisian XAMPP.



28 May 2008

Menguji kewujudan fungsi

Menguji kewujudan fungsi
Sesuatu fungsi boleh diperiksa kewujudannya dengan menggunakan fungsi function_exists( ). Ini diperlukan apabila program anda hendak digunakan di dalam berbilang pelayan yang mempunyai versi enjin PHP yang berbeza-beza.

function_exists( ”nama_fungsi” );

1: 2: function papar( )
3: {
4: echo "Teks dari dalam fungsi papar( )
";
5: }
6: if (function_exists( "papar")) // sekiranya fungsi papar( ) wujud, panggil fungsi tersebut
7: papar( );
8: else echo "
Fungsi papar( ) tak wujud";
9: if (function_exists("time")) // sekiranya fungsi time( ) wujud, panggil fungsi tersebut
10: echo time( );
11: else echo "
Fungsi time( ) tak wujud";
12: if (function_exists("malik")) // sekiranya fungsi malik( ) wujud, panggil fungsi tersebut
13: echo time( );
14: else echo "
Fungsi malik( ) tak wujud";
15: ?>

Dalam aturcara di atas, fungsi papar( ) dan time( ) memang wujud, TETAPI fungsi malik( ) memang tidak wujud dan sengaja dimasukkan supaya amaran dipaparkan diskrin.

Konstan

Konstan
Pembolehubah digunakan untuk menyimpan nilai dan ianya berubah-ubah di dalam aturcara anda. Sekiranya nilai yang disimpan hendak dikekalkan kepada satu nilai, maka anda boleh menggunakan pembolehubah konstan. Sesuatu pembolehubah konstan boleh diisytihar menggunakan fungsi PHP define( ).

define( ”nama_pembolehubah_konstan”, ”nilai” );

Contohnya, anda boleh menjadikan nilai PAI sebagai 3.142 iaitu nilai yang digunakan dalam mencari luas bulatan iaitu

define( ”PAI”, 3.142);
luas_bulatan = PAI * jejari*jejari ;

Nama pembolehubah konstan selalunya menggunakan huruf besar. Aturcara di bawah menggunakan dua pembolehubah konstan iaitu PAI yang menyimpan nilai nombor perpuluhan dan OBJEK yang menyimpan rentetan.

1: 2: define( "PAI", 3.142 );
3: define( "OBJEK" , "Bulatan" );
4: $jejari = 4.5;
5: $luas_bulatan = PAI * $jejari * $jejari;
6: echo "Luas ".OBJEK." ialah ".$luas_bulatan." unit persegi";
7: ?>

Tukar jenis data dengan casting

Tukar jenis data dengan casting
Pembolehubah boleh juga diubah jenis datanya dengan cara casting dimana jenis data dimasukkan di dalam kurungan dan diletakkan di sebelah kiri sesuatu pembolehubah seperti dibawah.

$pembolehubah_baru = ( jenis data ) $pembolehubah_lama ;

1: 2: $data_asal = 89.99;
3: $data_baru = (double) $data_asal;
4: echo "$data_baru ialah ".gettype( $data_baru ); // double
5: $data_baru = (string) $data_asal;
6: echo "
$data_baru ialah ".gettype( $data_baru ); // string
7: $data_baru = (integer) $data_asal;
8: echo "
$data_baru ialah ".gettype( $data_baru ); // integer
9: $data_baru = (boolean) $data_asal;
10: echo "
$data_baru ialah ".gettype( $data_baru ); // boolean
11: echo "
Jenis data yang asal ialah : ";
12: echo gettype( $data_asal ); // jenis data yang asal
13: ?>

Penukaran jenis data dengan cara ini berbeza dengan penggunaan fungsi settype( ) kerana ia tidak menukar jenis data bagi pembolehubah yang asal iaitu $data_asal.

Tukar jenis data dengan settype( )

Tukar jenis data dengan settype( )
Anda boleh menukar sesuatu pembolehubah kepada jenis data yang lain dengan menggunakan fungsi settype( ) seperti di bawah.

settype( $pembolehubah_untuk_ditukar, ’jenis data yang baru’ );

Contoh aturcara di bawah menunjukkan bagaimana nilai $data yang pertama iaitu 89.99 iaitu nombor perpuluhan (double) dan kemudian ditukar kepada jenis-jenis data yang lain iaitu rentetan (string), nombor bulat (integer) dan boolean.

1: 2: $data = 89.99;
3: echo "$data ialah ".gettype( $data ); // double
4: settype( $data, 'string' );
5: echo "
$data ialah ".gettype( $data ); // string
6: settype( $data, 'integer' );
7: echo "
$data ialah ".gettype( $data ); // integer
8: settype( $data, 'double');
9: echo "
$data ialah ".gettype( $data ); // double
10: settype( $data, 'bool' );
11: echo "
$data ialah ".gettype( $data ); // boolean
12: ?>

Mendapatkan jenis data dengan gettype( )

Mendapatkan jenis data dengan gettype( )
Anda boleh menggunakan fungsi gettype( ) untuk mendapatkan jenis data untuk sesuatu pembolehubah. Ia boleh mengembalikan salah satu jenis data dari nilai di bawah.

null - rentetan yang kosong
integer - nombor bulat
string - rentetan
double - nombor perpuluhan
boolean - nilai TRUE atau FALSE
array - tatasusunan

gettype( $pembolehubah );

Contoh aturcara di bawah memaparkan jenis data untuk pembolehubah $data yang menyimpan nilai yang berbeza-beza dengan menggunakan fungsi gettype( ).

1: 2: $data;
3: echo "$data ialah "; echo gettype($data); // null
4: echo "
";
5: $data=4.56;
6: echo "$data ialah "; echo gettype($data); // double
7: echo "
";
8: $data=3;
9: echo "$data ialah "; echo gettype($data); // integer
10: echo "
";
11: $data="KUiTTHO";
12: echo "$data ialah "; echo gettype($data); // string
13: echo "
";
14: $data=true;
15: echo "$data ialah "; echo gettype($data); // boolean
16: echo "
";
17: $data=array( "nenas", "pisang", "tembikai" );
18: echo "$data ialah "; echo gettype($data); // array
19: echo "
"; ?>

Superglobal PHP

Superglobal
Selain dari pembolehubah lokal dan global, PHP juga mempunyai beberapa pembolehubah yang telah dicipta khas yang dipanggil superglobal. Semua pemblehubah ini sentiasa wujud dan nilainya boleh digunakan di dalam semua aturcara. Kesemua pembolehubah superglobal adalah merupakan tatasusunan yang mengandungi pembolehubah-pembolehubah yang lain.

$_GET
Mengandungi semua pembolehubah yang digunakan melalui cara GET ( method=”GET” ) di dalam borang.

$_POST
Mengandungi semua pembolehubah yang digunakan melalui cara GET ( method=”POST” ) di dalam borang.

$_COOKIE
Mengandungi semua pembolehubah yang digunakan melalui cookie.

$_FILES
Mengandungi semua pembolehubah yang digunakan untuk muat naik fail.

$_SERVER
Mengandungi maklumat tentang header, lokasi fail dan lokasi aturcara.

$_ENV
Mengandungi semua pembolehubah persekitaran (environment variable) pelayan.

$_REQUEST
Mengandungi semua pembolehubah yang digunakan melalui sebarang bentuk input pengguna termasuk melalui borang dengan cara GET atau POST.

$_SESSION
Mengandungi semua pembolehubah session yang telah didaftar.

Pembolehubah statik PHP

Pembolehubah statik
Pembolehubah statik digunakan di dalam fungsi dan ia merupakan pembolehubah lokal untuk fungsi tersebut TETAPI ia boleh ”mengingati” nilai sebelumnya setiap kali fungsi itu dipanggil.

1: 2: function ingat_nombor( )
3: {
4: static $nombor=0;
5: $nombor++;
6: echo "
Nilai nombor dalam fungsi ialah : ".$nombor;
7: }
8: ingat_nombor( );
9: ingat_nombor( );
10: ingat_nombor( );
11: ?>

Di dalam aturcara di atas, nilai pembolehubah statik $nombor akan meningkat setiap kali fungsi ingat_nombor( ) dipanggil. Pada kali pertama fungsi ini dipanggil, nilai $nombor diberikan nilai awalan 0. Apabila fungsi dipanggil buat kali kedua dan seterusnya, nilai awalan “static $nombor = 0;” tidak akan dilakukan lagi.

Skop Pembolehubah PHP

Skop pembolehubah
Skop pembolehubah ialah had dimana sesuatu pembolehubah boleh digunakan. Pembolehubah yang diisytiharkan di dalam fungsi dikenali sebagai pembolehubah lokal. Ianya boleh digunakan di dalam fungsi di mana pembolehubah tersebut telah diisytiharkan.

Pembolehubah global pula diisytiharkan diluar fungsi seperti di baris (1) di keratan aturcara 2.8 di bawah dan boleh digunakan dalam mana-mana fungsi di dalam dokumen tersebut. Dalam PHP, pembolehubah global tersebut mestilah diisytiharkan semula seperti di baris (4) dan (9) di bawah, tidak seperti di dalam bahasa pengaturcaraan yang lain.

1: 2: function proses_nilai($argumen)
3: {
4: global $nom;
5: $nom = $argumen + $argumen + $argumen;
6: }
7: function papar( )
8: {
9: global $nom;
10: echo(“Nilai nom ialah $nom”);
11: }
12: ?>
13: html body
14: 15: proses_nilai(5);
16: papar( );
17: ?>

Argumen berbilang PHP

Argumen berbilang
Sesuatu fungsi boleh mempunyai beberapa argumen untuk dihantar ke dalam kod aturcaranya. Pembolehubah bagi setiap argumen dipisahkan menggunakan simbol koma ( , ). Semua panggilan fungsi mestilah mengandungi bilangan argumen yang sama bagi mengelakkan dari berlakunya ralat. Walaubagaimanapun, sesuatu argumen di dalam fungsi boleh diberikan nilai secara lelai (default) .

Di dalam contoh di bawah, tiga argumen telah digunakan dan diberikan nilai. Sekiranya fungsi dipanggil dengan bilangan argumen yang tidak mencukupi, nilai lelai akan digunakan oleh fungsi yang dipanggil.

1: 2: function operasi_tambah($i=10, $j=20, $k=30)
3: { $jumlah = $i + $j + $k;
4: echo (”$i + $j + $k = $jumlah
”);
5: }
6: ?>
7: html body
8: 9: operasi_tambah(2, 4, 6); # dipanggil dengan 3 argumen
10: operasi_tambah(5, 10); # dipanggil dengan 2 argumen?>

Fungsi PHP

Fungsi
Fungsi mempunyai simbol ( ) dibelakang nama fungsi. Salah satu contoh fungsi ialah echo( ). Di dalam ( ) boleh mengandungi data yang akan digunakan yang dipanggil sebagai parameter atau argumen, di mana data ini akan diproses oleh fungsi tersebut. Dalam contoh dibawah, fungsi papar( ) pada baris (4) menggunakan pembolehubah $argumen sebagai parameter untuk diproses di dalam fungsi tersebut.

contoh aturcara
1: html
2: body
3: 4: function papar( $argumen )
5: {
6: echo “$argumen” ;
7: }
8: ?>
9: Di bawah ini ditunjukkan bagaimana memanggil sesuatu fungsi


10:
11: /body /html

Sesuatu fungsi boleh memanggil fungsi yang lain. Sila lihat contoh di bawah.

1: html
2: body
3: 4: function papar($argumen)
5: {
6: $nombor_ganda_sepuluh = ganda_sepuluh($argumen);
7: echo(“$argumen diganda sepuluh ialah $nombor_ganda_sepuluh”);
8: }
9: fungsi ganda_sepuluh($argumen01)
10: {
11: return $argumen01 * 10;
12: }
13: ?>
14: Di bawah ini ditunjukkan bagaimana memanggil sesuatu fungsi


15: 16: papar(5);
17: ?>
18: /body
19: /html

Dalam keratan aturcara di atas, fungsi papar( ) dipanggil pada baris (16) bersama nilai parameter iaitu 5. Apabila fungsi papar(5) dipanggil, arahan di baris (4) akan dilaksanakan. Oleh itu parameter $argumen akan mendapat nilai 5. Pada baris (6) pula, fungsi ganda_sepuluh($argumen) dipanggil di mana nilai $argumen ialah 5 iaitu sama seperti memanggil fungsi ganda_sepuluh(5). Oleh itu, aturcara di baris (9) akan dilaksanakan seterusnya. Pembolehubah $argumen01 sekarang mendapat nilai 5 melalui panggilan fungsi di baris (6) tadi. Pada baris (11), arahan ($argumen01 * 10) iaitu (5 * 10) akan dijalankan dan ini akan mengembalikan nilai 50 ke baris (6) yang memanggil tadi. Seterusnya, baris (7) akan dilaksanakan dengan memaparkan ”5 diganda sepuluh ialah 50”.

Pembolehubah PHP

Pembolehubah
Pembolehubah digunakan untuk menyimpan data. Semua pembolehubah PHP dimulakan dengan simbol ’$’ diikuti dengan nama yang bersesuaian dengan data yang akan disimpan. Pembolehubah boleh menggunakan huruf, nombor atau underscore ’_’ tetapi pembolehubah TIDAK boleh dimulakan dengan nombor. Di bawah ini adalah di antara contoh-contoh pembolehubah yang sah.

$umur , $nama_pekerja, $syif_2

Data diumpukkan atau disimpan ke dalam pembolehubah menggunakan operator =. Seperti penyataan PHP yang lain, ia mestilah diakhiri dengan semikolon ’;’.

$umur = 37;

Nama pembolehubah adalah SENSITIF kepada huruf. Oleh itu, $umur dan $UMUR merupakan dua pembolehubah yang berbeza.

Jenis Data
PHP menggunakan jenis data yang MUDAH iaitu ia tidak mempunyai jenis data yang spesifik. Dalam bahasa C contohnya, anda perlu mengisytiharkan dulu sebelum sesuatu pembolehubah boleh digunakan untuk menyimpan nombor bulat seperti dibawah.

int umur;

Dalam PHP, pembolehubah $umur boleh mula digunakan untuk menyimpan nombor bulat dengan hanya memasukkan arahan seperti dibawah.

$umur = 0;

Pembolehubah $umur boleh mula digunakan untuk menyimpan nilai nombor bulat setelah arahan di atas dimasukkan.

Contoh Aturcara
1: 2: // pembolehubah $str simpan rentetan
3: $rentetan=“This is a string”;
4: // pembolehubah $int dan $i simpan nombor bulat
5: $nb = 99;
6: $i=88;
7: // pembolehubah $float dan $f simpan rentetan
8: $float=99.99;
9: $j=88.88;
10: // pembolehubah $null simpan NULL
11: $null=NULL;
12: // papar ke skrin
13: echo( “Rentetan: $rentetan
” );
14: echo( “Nombor bulat: $nb and $ i
” );
15: echo( “Titik perpuluhan: $tp and $j
” );
16: echo( “Null: $null” );
17: ?>

AKsara Escape

Aksara Escape
Aksara escape iaitu simbol ( \ ) perlu digunakan di dalam teks sekiranya simbol pembuka kata ( ” ) atau simbol simbol ( \ ) perlu dipaparkan ke skrin. Contoh, cuba paparkan mesej dibawah menggunakan kod aturcara PHP.

Kepada pelajar-pelajar di dalam Bengkel PHP .... ”PHP ini satu bahasa aturcara mudah \ senang. Cuma memerlukan sedikit kesabaran dan ketekunan”.

1: 2: $str = ” Kata En. Malik kepada pelajar-pelajar di dalam Bengkel PHP .... \” ” ;
3: $str . = ”PHP ini satu bahasa aturcara mudah \\ senang. Cuma memerlukan” ;
4: $str . = ”sedikit kesabaran dan ketekunan \” .” ;
5: echo $str ;
6: ?>

Komen dalam PHP

Komen
Ada tiga jenis komen yang boleh digunakan di dalam PHP dan gunakanlah mengikut kesesuaian.

1: 2: /*
3: Cara 1 : Cara ini sesuai untuk komen panjang yang
4: melebihi satu baris.
5: */
6: // Cara 2 : Sesuai untuk komen yang HANYA satu baris
7: # Cara 3 : Boleh komen di depan
8: echo ”Cara komen ketiga”; # Cara 3 : boleh juga komen dibelakang
9: ?>

Tag PHP

Tag PHP

Kod aturcara PHP perlu diletakkan di dalam tag. Ada tiga jenis tag seperti yang ditunjukkan di bawah.

Cara pertama :
Cara kedua :
Cara ketiga :

Tag cara pertama merupakan tag yang biasa dipakai di dalam pengaturcaraan PHP.

Tidak sensitif kepada huruf
Anda boleh menggunakan huruf besar atau kecil di dalam pengaturcaraan PHP, tidak seperti bahasa pengaturcaraan C dan C++. Ini dapat mengurangkan kesilapan di dalam aturcara.

1: 2: echo(“Hello AMANDAMAI
”);
3: ECHO(“Hello AMANDAMAI”);
4: ?>

Dari contoh keratan kod aturcara di atas, kedua-dua arahan ’echo’ dan ’ECHO’ memberikan output yang sama di skrin dan tidak menghasilkan ralat.

14 May 2008

Contoh antaramuka sistem PSM FTMM UTHM

BERIKUT ANTARA PROJEK SARJANA MUDA (PSM) YANG DIBANGUNKAN OLEH STUDENT FTMM, UTHM DIBAWAH SELIAAN AMANDAMAI.
SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN PEMILIHAN TEMPAT PENGINAPAN DI PULAU REDANG
OLEH WAN NORHAIZAN WAN MOHAMED

SISTEM PENGUMPULAN KERTAS PERSIDANGAN UTHM
OLEH LEOW CHUI CHING





FTMM KNOWLEDGE SHARING
OLEH MOHAMAD AIZI SALAMAT DAN ZUBAILE ABDULLAH


UTHM DIGITAL LIBRARY
OLEH NURUL NADIA

SISTEM TUNTUTAN PERJALANAN (DALAM NEGERI) UTHM
OLEH EVELYN TAN CHIU XIN

SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN PEMILIHAN JURUSAN SEKOLAH TEKNIK
OLEH ASILAH MAHUSSIN

SISTEM SOKONGAN KEPUTUSAN PEMILIHAN TEMPAT PENGINAPAN DI PULAU TIOMAN
OLEH KHAYRENA NORFADHILLAH ISHAK

SISTEM ALUMNI FTMM,UTHM
OLEH NADIA HAIRI DAN ZURA EMMI

13 May 2008

Sapa pulak PHP 3 , PHP 4 dan PHP 5 ni...? Kembar ke?

PHP 3

PHP 3.0 telah dibangunkan semula dari PHP/FI 2.0 oleh Andi Gutmans dan Zeev Suraski (Sapa die ni?) pada tahun 1997. Pada masa itu, kedua-dua pelajar Universiti ini sedang terlibat di dalam sebuah projek. Bahasa PHP/FI ini didapati tidak begitu sesuai untuk membangunkan aplikasi eDagang. Oleh itu Andi, Rasmus dan Zeev berkerjasama untuk membangunkan PHP 3.0.

Bagitau latarbelakang die sikit?... Zeev Suraski dan Andi Gutmans merupakan pengaturcara dari Israel yang pernah menuntut di Technion, Haifa. Mereka telah bergabung untuk membangunkan PHP3 pada tahun 1997. Mereka terkenal dengan penciptaan enjin Zend.

PHP 4

Sebaik sahaja PHP 3.0 dilancarkan, Andi dan Zeev telah mula menulis semula bahagian utama PHP. Tujuannya ialah untuk memperbaiki prestasi apabila membangunkan aplikasi yang rumit dan menjadikan kod asas PHP lebih modular (kod dapat dikumpulkan dalam modul-modul yang lebih mudah). Aplikasi-aplikasi yang rumit dapat dibangunkan dengan sokongan ciri-ciri baru PHP 3.0 yang membolehkan integrasi dengan sebahagian besar pangkalan data yang ada. Walaubagaimanapun ciri-ciri yang dibangunkan masih belum efisien.

Enjin baru ini (bahagian utama PHP), dipanggil sebagai ‘Enjin Zend’ (gabungan nama Zeev dan Andi) telah berjaya mencapai matlamatnya dan diperkenalkan pada pertengahan 1999. Dalam PHP 4.0, enjin ini ditambah dengan ciri-ciri baru dan telah dilancarkan secara rasmi pada Mei 2000.

Di antara ciri-ciri baru yang penting ialah sokongan yang lebih baik kepada pelayan web, sesi HTTP, penimbal output dan pengendalian input pengguna dengan lebih selamat. Disamping itu, beberapa arahan baru juga telah diperkenalkan.


PHP 5

PHP 5 telah dilancarkan pada Julai 2004. Perubahan utama ialah pada enjin Zend 2.0 dengan pengenalan model objek yang baru dan beberapa ciri-ciri baru.

Siapa PHP?... Tak kenal Maka Tak cinta

SIAPA PHP?

PHP merupakan satu bahasa yang dihasilkan dari satu bahasa pengaturcaraan yang awal iaitu PHP/FI. PHP/FI telah dihasilkan oleh Rasmus Lerdorf pada tahun 1995. Pada asalnya, ia hanyalah satu set skrip dari bahasa pengaturcaraan Perl yang digunakan beliau untuk memudahkan beliau mencapai maklumat biodata dan pengalaman beliau secara atas talian. Beliau menamakan set skrip ini sebagai alat ’Personal Home Page’.

Apabila lebih banyak lagi fungsi yang diperlukan, Rasmus telah menulis menggunakan bahasa C pula, yang boleh berinteraksi dengan pangkalan data dan membolehkan pengguna membina laman web dinamik dengan mudah. Kemudian beliau memberikan sumber kod kepada semua orang supaya boleh digunakan dan pada masa yang sama dapat membantu memperbaiki ralat dan memperkemaskan lagi kod yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa PHP/FI.

PHP/FI bermaksud ‘Personal Home Page / Form Interpreter’ mengandungi fungsi-fungsi asas PHP seperti yang digunakan pada hari ini. Pembaharuan dilakukan menggunakan bahasa C dan ia kemudiannya dikenali sebagai PHP/FI 2.0. Sehingga 1997, bahasa ini dianggarkan telah digunakan di dunia di sebanyak 50,000 domain iaitu 1% dari domain yang ada di Internet pada masa itu. Pembangunan kod pada masa tersebut masih dilakukan sendiri oleh Rasmus dengan bantuan dari beberapa orang lain.

PHP/FI telah dilancarkan secara rasmi pada November 1997. Pembangunan PHP 3.0 versi alpha? telah dimulakan beberapa bulan selepas itu.