PHP 3
PHP 3.0 telah dibangunkan semula dari PHP/FI 2.0 oleh Andi Gutmans dan Zeev Suraski (Sapa die ni?) pada tahun 1997. Pada masa itu, kedua-dua pelajar Universiti ini sedang terlibat di dalam sebuah projek. Bahasa PHP/FI ini didapati tidak begitu sesuai untuk membangunkan aplikasi eDagang. Oleh itu Andi, Rasmus dan Zeev berkerjasama untuk membangunkan PHP 3.0.
Bagitau latarbelakang die sikit?... Zeev Suraski dan Andi Gutmans merupakan pengaturcara dari Israel yang pernah menuntut di Technion, Haifa. Mereka telah bergabung untuk membangunkan PHP3 pada tahun 1997. Mereka terkenal dengan penciptaan enjin Zend.
PHP 4
Sebaik sahaja PHP 3.0 dilancarkan, Andi dan Zeev telah mula menulis semula bahagian utama PHP. Tujuannya ialah untuk memperbaiki prestasi apabila membangunkan aplikasi yang rumit dan menjadikan kod asas PHP lebih modular (kod dapat dikumpulkan dalam modul-modul yang lebih mudah). Aplikasi-aplikasi yang rumit dapat dibangunkan dengan sokongan ciri-ciri baru PHP 3.0 yang membolehkan integrasi dengan sebahagian besar pangkalan data yang ada. Walaubagaimanapun ciri-ciri yang dibangunkan masih belum efisien.
Enjin baru ini (bahagian utama PHP), dipanggil sebagai ‘Enjin Zend’ (gabungan nama Zeev dan Andi) telah berjaya mencapai matlamatnya dan diperkenalkan pada pertengahan 1999. Dalam PHP 4.0, enjin ini ditambah dengan ciri-ciri baru dan telah dilancarkan secara rasmi pada Mei 2000.
Di antara ciri-ciri baru yang penting ialah sokongan yang lebih baik kepada pelayan web, sesi HTTP, penimbal output dan pengendalian input pengguna dengan lebih selamat. Disamping itu, beberapa arahan baru juga telah diperkenalkan.
PHP 5
PHP 5 telah dilancarkan pada Julai 2004. Perubahan utama ialah pada enjin Zend 2.0 dengan pengenalan model objek yang baru dan beberapa ciri-ciri baru.
0 perkongsian idea:
Post a Comment