28 May 2008

Superglobal PHP

Superglobal
Selain dari pembolehubah lokal dan global, PHP juga mempunyai beberapa pembolehubah yang telah dicipta khas yang dipanggil superglobal. Semua pemblehubah ini sentiasa wujud dan nilainya boleh digunakan di dalam semua aturcara. Kesemua pembolehubah superglobal adalah merupakan tatasusunan yang mengandungi pembolehubah-pembolehubah yang lain.

$_GET
Mengandungi semua pembolehubah yang digunakan melalui cara GET ( method=”GET” ) di dalam borang.

$_POST
Mengandungi semua pembolehubah yang digunakan melalui cara GET ( method=”POST” ) di dalam borang.

$_COOKIE
Mengandungi semua pembolehubah yang digunakan melalui cookie.

$_FILES
Mengandungi semua pembolehubah yang digunakan untuk muat naik fail.

$_SERVER
Mengandungi maklumat tentang header, lokasi fail dan lokasi aturcara.

$_ENV
Mengandungi semua pembolehubah persekitaran (environment variable) pelayan.

$_REQUEST
Mengandungi semua pembolehubah yang digunakan melalui sebarang bentuk input pengguna termasuk melalui borang dengan cara GET atau POST.

$_SESSION
Mengandungi semua pembolehubah session yang telah didaftar.

0 perkongsian idea: