Operator logik
Operator logik PHP digunakan dalam kriteria pemilihan. Seorang pengaturcara yang mahu menyenaraikan semua nama pelajar lelaki dan perempuan akan membuat kriterianya sebagai ”LELAKI atau PEREMPUAN” dan bukannya ”LELAKI dan PEREMPUAN”. Yang pertama itu betul kerana sekiranya ia LELAKI atau PEREMPUAN maka data akan dipaparkan. Tidak ada pelajar yang mempunyai jantina LELAKI dan PEREMPUAN iaitu kedua-duanya sekaligus.
Operator logikal digunakan dengan pembolehubah (operand) yang menyimpan nilai boolean iaitu Benar (True) atau Palsu (False), atau nilai yang boleh ditukarkan kepada Benar atau Palsu seperti 1 dan 0.
Contoh aturcara
1: 2: $nama1 = “kamaruddin”;
3: $pelajar = true;
4: $lelaki = true;
5: if ($pelajar and $lelaki)
6: echo $nama1.” adalah seorang pelajar lelaki”;
7: else if ($pelajar and !$lelaki)
8: echo $nama1.” adalah seorang pelajar perempuan”;
9: else if (!$pelajar and !$lelaki)
10: echo $nama1.” adalah seorang perempuan dan bukan pelajar”;
11: else if (!$pelajar and $lelaki)
12: echo $nama1.” adalah seorang lelaki dan bukan pelajar”;
13: ?>
30 May 2008
Operator logik
Dikongsi oleh amandamai jam 1:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 perkongsian idea:
Post a Comment