29 May 2008

Keperluan untuk menjalankan pengaturcaraan PHP

Dalam bahagian ini akan ceritakan sikit untuk semua cara-cara untuk melarikan pengaturcaraan PHP yang kita telah buat. Sebelum itu, kita perlu mengetahui keperluan-keperluan yang diperluan. Disini kita akan memfokuskan kepada sistem pengoperasian Windows. Linux dengan UNIX saya tak payah sentuh... sebab akan memeningkan kepala anda semua.

Sistem operasi Windows

Dalam sistem operasi Windows pula, servis Apache dan MySQL boleh diinstal secara berasingan dengan memuat turun perisian Apache dan MySQL dari Internet. Walaubagaimanapun, cara ini lebih sukar kerana anda perlu membuat sedikit perubahan di dalam fail-fail konfigurasi tertentu seperti httpd.conf.Cara yang lebih mudah ialah dengan memuat turun perisian yang telah menggabungkan perisian Apache, MySQL dan PHP seperti PHP Triad dari
http://sourceforge.net/ , atau XAMPP dari http://www.apachefriends.org/. Banyak lagi sebenarnya spt easyphp dan sebagainya... actually semuanya sama.

Kat bawah ni diceritakan bagaimana nak install XAMPP. Yang penting kene download dulu dari
link kat atas tu.

Langkah 1 : Dwi-klik atas nama fail XAMPP yang telah dimuat-turun.
Langkah 2 : Taipkan ‘C:\’ di dalam kotak ‘Extract to’ iaitu lokasi perisian ini akan diinstal.


Selepas selesai instalasi, satu direktori 'C:\XAMPP' dibina dan semua fail-fail PHP boleh diletakkan di dalam folder 'C:\XAMPP\HTDOCS' yang akan dikenali sebagai 'http:\\localhost' di dalam pelayar web.


Klik di ikon XAMPP_start untuk memulakan perisian XAMPP (yang mengandungi Apache, MySQL dan PHP).
Klik di XAMPP_stop untuk memberhentikan perisian XAMPP.



0 perkongsian idea: