13 May 2008

Siapa PHP?... Tak kenal Maka Tak cinta

SIAPA PHP?

PHP merupakan satu bahasa yang dihasilkan dari satu bahasa pengaturcaraan yang awal iaitu PHP/FI. PHP/FI telah dihasilkan oleh Rasmus Lerdorf pada tahun 1995. Pada asalnya, ia hanyalah satu set skrip dari bahasa pengaturcaraan Perl yang digunakan beliau untuk memudahkan beliau mencapai maklumat biodata dan pengalaman beliau secara atas talian. Beliau menamakan set skrip ini sebagai alat ’Personal Home Page’.

Apabila lebih banyak lagi fungsi yang diperlukan, Rasmus telah menulis menggunakan bahasa C pula, yang boleh berinteraksi dengan pangkalan data dan membolehkan pengguna membina laman web dinamik dengan mudah. Kemudian beliau memberikan sumber kod kepada semua orang supaya boleh digunakan dan pada masa yang sama dapat membantu memperbaiki ralat dan memperkemaskan lagi kod yang kemudiannya dikenali sebagai bahasa PHP/FI.

PHP/FI bermaksud ‘Personal Home Page / Form Interpreter’ mengandungi fungsi-fungsi asas PHP seperti yang digunakan pada hari ini. Pembaharuan dilakukan menggunakan bahasa C dan ia kemudiannya dikenali sebagai PHP/FI 2.0. Sehingga 1997, bahasa ini dianggarkan telah digunakan di dunia di sebanyak 50,000 domain iaitu 1% dari domain yang ada di Internet pada masa itu. Pembangunan kod pada masa tersebut masih dilakukan sendiri oleh Rasmus dengan bantuan dari beberapa orang lain.

PHP/FI telah dilancarkan secara rasmi pada November 1997. Pembangunan PHP 3.0 versi alpha? telah dimulakan beberapa bulan selepas itu.

0 perkongsian idea: