Pembolehubah
Pembolehubah digunakan untuk menyimpan data. Semua pembolehubah PHP dimulakan dengan simbol ’$’ diikuti dengan nama yang bersesuaian dengan data yang akan disimpan. Pembolehubah boleh menggunakan huruf, nombor atau underscore ’_’ tetapi pembolehubah TIDAK boleh dimulakan dengan nombor. Di bawah ini adalah di antara contoh-contoh pembolehubah yang sah.
$umur , $nama_pekerja, $syif_2
Data diumpukkan atau disimpan ke dalam pembolehubah menggunakan operator =. Seperti penyataan PHP yang lain, ia mestilah diakhiri dengan semikolon ’;’.
$umur = 37;
Nama pembolehubah adalah SENSITIF kepada huruf. Oleh itu, $umur dan $UMUR merupakan dua pembolehubah yang berbeza.
Jenis Data
PHP menggunakan jenis data yang MUDAH iaitu ia tidak mempunyai jenis data yang spesifik. Dalam bahasa C contohnya, anda perlu mengisytiharkan dulu sebelum sesuatu pembolehubah boleh digunakan untuk menyimpan nombor bulat seperti dibawah.
int umur;
Dalam PHP, pembolehubah $umur boleh mula digunakan untuk menyimpan nombor bulat dengan hanya memasukkan arahan seperti dibawah.
$umur = 0;
Pembolehubah $umur boleh mula digunakan untuk menyimpan nilai nombor bulat setelah arahan di atas dimasukkan.
Contoh Aturcara
1: 2: // pembolehubah $str simpan rentetan
3: $rentetan=“This is a string”;
4: // pembolehubah $int dan $i simpan nombor bulat
5: $nb = 99;
6: $i=88;
7: // pembolehubah $float dan $f simpan rentetan
8: $float=99.99;
9: $j=88.88;
10: // pembolehubah $null simpan NULL
11: $null=NULL;
12: // papar ke skrin
13: echo( “Rentetan: $rentetan
” );
14: echo( “Nombor bulat: $nb and $ i
” );
15: echo( “Titik perpuluhan: $tp and $j
” );
16: echo( “Null: $null” );
17: ?>
28 May 2008
Pembolehubah PHP
Dikongsi oleh amandamai jam 10:08 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 perkongsian idea:
Post a Comment