Fungsi
Fungsi mempunyai simbol ( ) dibelakang nama fungsi. Salah satu contoh fungsi ialah echo( ). Di dalam ( ) boleh mengandungi data yang akan digunakan yang dipanggil sebagai parameter atau argumen, di mana data ini akan diproses oleh fungsi tersebut. Dalam contoh dibawah, fungsi papar( ) pada baris (4) menggunakan pembolehubah $argumen sebagai parameter untuk diproses di dalam fungsi tersebut.
contoh aturcara
1: html
2: body
3: 4: function papar( $argumen )
5: {
6: echo “$argumen” ;
7: }
8: ?>
9: Di bawah ini ditunjukkan bagaimana memanggil sesuatu fungsi
10:
11: /body /html
Sesuatu fungsi boleh memanggil fungsi yang lain. Sila lihat contoh di bawah.
1: html
2: body
3: 4: function papar($argumen)
5: {
6: $nombor_ganda_sepuluh = ganda_sepuluh($argumen);
7: echo(“$argumen diganda sepuluh ialah $nombor_ganda_sepuluh”);
8: }
9: fungsi ganda_sepuluh($argumen01)
10: {
11: return $argumen01 * 10;
12: }
13: ?>
14: Di bawah ini ditunjukkan bagaimana memanggil sesuatu fungsi
15: 16: papar(5);
17: ?>
18: /body
19: /html
Dalam keratan aturcara di atas, fungsi papar( ) dipanggil pada baris (16) bersama nilai parameter iaitu 5. Apabila fungsi papar(5) dipanggil, arahan di baris (4) akan dilaksanakan. Oleh itu parameter $argumen akan mendapat nilai 5. Pada baris (6) pula, fungsi ganda_sepuluh($argumen) dipanggil di mana nilai $argumen ialah 5 iaitu sama seperti memanggil fungsi ganda_sepuluh(5). Oleh itu, aturcara di baris (9) akan dilaksanakan seterusnya. Pembolehubah $argumen01 sekarang mendapat nilai 5 melalui panggilan fungsi di baris (6) tadi. Pada baris (11), arahan ($argumen01 * 10) iaitu (5 * 10) akan dijalankan dan ini akan mengembalikan nilai 50 ke baris (6) yang memanggil tadi. Seterusnya, baris (7) akan dilaksanakan dengan memaparkan ”5 diganda sepuluh ialah 50”.
28 May 2008
Fungsi PHP
Dikongsi oleh amandamai jam 10:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 perkongsian idea:
Post a Comment