28 May 2008

Konstan

Konstan
Pembolehubah digunakan untuk menyimpan nilai dan ianya berubah-ubah di dalam aturcara anda. Sekiranya nilai yang disimpan hendak dikekalkan kepada satu nilai, maka anda boleh menggunakan pembolehubah konstan. Sesuatu pembolehubah konstan boleh diisytihar menggunakan fungsi PHP define( ).

define( ”nama_pembolehubah_konstan”, ”nilai” );

Contohnya, anda boleh menjadikan nilai PAI sebagai 3.142 iaitu nilai yang digunakan dalam mencari luas bulatan iaitu

define( ”PAI”, 3.142);
luas_bulatan = PAI * jejari*jejari ;

Nama pembolehubah konstan selalunya menggunakan huruf besar. Aturcara di bawah menggunakan dua pembolehubah konstan iaitu PAI yang menyimpan nilai nombor perpuluhan dan OBJEK yang menyimpan rentetan.

1: 2: define( "PAI", 3.142 );
3: define( "OBJEK" , "Bulatan" );
4: $jejari = 4.5;
5: $luas_bulatan = PAI * $jejari * $jejari;
6: echo "Luas ".OBJEK." ialah ".$luas_bulatan." unit persegi";
7: ?>

0 perkongsian idea: