30 May 2008

Penyataan switch

Penyataan switch
Penyataan switch memerlukan label nilai yang boleh terdiri dari nombor, rentetan atau boolean. Ia akan menguji nilai pembolehubah di dalam switch dan akan dibandingkan dengan nilai dilabel-label. Sekiranya ada persamaan, maka penyataan di dalam label tersebut akan dilakukan, jika tidak ada nilai yang sama dengan label, maka penyataan di dalam label default akan dilakukan.

Semua penyataan di dalam label diakhiri dengan perkataan break. Sekiranya break tidak ada, maka bukan sahaja penyataan di label tersebut dilakukan, tetapi termasuk juga penyataan di dalam label yang lain dibawah sehingga ia bertemu dengan perkataan break.
Di dalam contoh aturcara di bawah, nombor akan dipaparkan dalam bentuk teks sekiranya nilai $nombor sama dengan nilai di label.

Contoh aturcara
1: 2: $nombor = 3;
3: switch ($nombor)
4: {
5: case 1 : echo “Nombor SATU
”; break;
6: case 2 : echo “Nombor DUA
”; break;
7: case 3 : echo “Nombor TIGA
”; break;
8: case 4 : echo “Nombor EMPAT
”; break;
9: default : echo “Bukan nombor 1 hingga 4
”;
10: }
11: ?>

0 perkongsian idea: